Musim kebakaran hutan Australia 2019–20
Musim kebakaran hutan Australia 2019–20

Musim kebakaran hutan Australia 2019–20


Musim kebakaran hutan Australia 2019-2020 (Tulisan Jawi: موسيم كبكرن هوتن أستراليا 2019-20) melibatkan siri padang belukar yang sedang terbakar di seluruh Australia, kebanyakannya di kawasan selatan-timur. Musim 2019-2020 adalah tahun yang sangat ketara berbanding dengan musim-musim sebelumnya kerana telah membakar kira-kira 10.7 juta hektar (26 juta ekar; 107,000 kilometer persegi; 41,000 batu persegi), memusnahkan lebih daripada 5,900 bangunan (termasuk lebih daripada 2,204 rumah) dan mengorbankan 28 orang pada 8 Januari 2020. [5][6][7][8][9][10][11] Kebakaran hutan ini dianggap oleh Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW sebagai musim hutan yang paling buruk dalam ingatan sejarah.[12] Pada Disember 2019, Kerajaan New South Wales mengisytiharkan darurat selepas paras suhu pecah rekod dan kemarau berpanjangan memburukkan lagi situasi kebakaran di kawasan belukar.[13][14] Dianggarkan bahawa hampir separuh bilion haiwan di New South Wales terjejas oleh kebakaran yang berterusan.[15][16] Anggaran lain, termasuk haiwan seperti kelawar, amfibia dan invertebrata, meletakkan jumlah yang terbunuh lebih dari satu bilion.[17] Pakar ekologi risau beberapa spesies yang terancam akan pupus oleh kerana kesan dari kebakaran 2019-2020.[18]Dari bulan September 2019, kebakaran banyak memberi kesan kepada pelbagai wilayah di negeri New South Wales, seperti North Coast, Mid North Coast, Lembah Hunter, Hawkesbury dan Wollondilly di sebelah barat Sydney, Gunung Biru, Illawarra dan South Coast, dengan lebih daripada 100 api terbakar di seluruh negeri. Di timur dan timur Victoria hutan-hutan besar terbakar dan diluar kawalan selama empat minggu sebelum kebakaran muncul dari hutan pada akhir Disember, mengorbankan nyawa, mengancam banyak bandar dan mengasingkan Corryong dan Mallacoota dari dunia luar. Keadaan bencana telah diisytiharkan untuk East Gippsland.[19] Kebakaran yang ketara berlaku di Adelaide Hills dan Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Kawasan yang agak teruk ialah South East Queensland dan kawasan barat daya Australia Barat, dengan beberapa kawasan di Tasmania dan ACT yang sedikit terjejas.Penguatkuasa dari seluruh Australia dipanggil untuk membantu memerangi kebakaran dan merehatkan krew tempatan yang kepenatan di New South Wales. Pada 11 November dilaporkan bahawa Pihak Berkuasa Bomba Negeri Victoria (CFA) telah menghantar sebuah kontinjen besar sehingga 300 anggota bomba dan kakitangan sokongan untuk membantu.[20] Menjelang pertengahan November 2019, lebih daripada 100 anggota bomba dihantar dari Australia Barat.[21] Kontingen juga dihantar dari Australia Selatan dan Wilayah Ibu Negara Australia.[21][20] Pada 12 November, Kerajaan Australia mengumumkan bahawa Angkatan Pertahanan Australia akan memberikan sokongan udara kepada usaha memadam api kebakaran, serta bersedia untuk memberi sokongan tenaga dan logistik.[22][23] Ahli bomba dari New Zealand, Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura turut terbang ke Australia bagi membantu usaha pemadaman kebakaran, terutamanya di New South Wales.[24][25]

Musim kebakaran hutan Australia 2019–20

Tarikh Jun 2019 – kini
Bangunan termusnah 5,900+
Kematian 28 orang
  • 25 orang awam
  • 3 bomba sukarelawan
(sejak 8 Januari 2020)
Kecederaan Sekurang-kurangnya berjumlah 41 orang
  • Orang awam yang tidak diketahui
  • 41 bomba
(di 3 negeri sejak 21 Disember 2019)
Lokasi Australia (seluruh negara)
Kawasan terbakar Lebih 10,700,000 hektar (26,000,000 ekar)
Penyebab

Rujukan

WikiPedia: Musim kebakaran hutan Australia 2019–20 http://www.bom.gov.au/climate/current/statements/s... https://7news.com.au/news/bushfires/australian-bus... https://www.9news.com.au/national/bushfires-near-m... https://adbr.com.au/adf-mobilises-for-operation-bu... https://www.bnhcrc.com.au/hazardnotes/63 https://www.bnhcrc.com.au/hazardnotes/68 https://www.news.com.au/technology/environment/aus... https://www.news.com.au/technology/environment/wor... https://www.news.com.au/travel/travel-updates/inci... https://www.sbs.com.au/news/the-numbers-behind-aus...